Syukur Ya Allah~

Wednesday 22 August 2012

Ramadhan,, you came with a lot of barakah and memories ~

Assalamualaikum w.b.t
sudah lama aku tinggalkan apa yang patut.. kini kini kembali dengan nafas baharu..

Syukur kepada Allah s.w.t kerana aku masih bernyawa..

aku masih bernafas di atas muka bumi yang fana ini..
ramadhan tahun ini agak lesu, tapi membawa banyak erti bagi aku untuk ubah hidup aku ni. tiada apa yang dapat dapat aku ungkap kan. selain Alhamdulilah..

1Ramadhan
Aku dipelawa untuk overnight di Kuantan, memang somehow, first ramadhan aku tak tau ke mana hendak dituju. Tapi my bestfriend, ajak aku overnight rumah cousin dia, memang nak ke sana banyak yang perlu ditempuh, hujan renyai, basah lecun, semuanya atas satu harapan untuk bertemu dengan stepsis Shadra : ) ..
she's the only one stepsister i had, and she's so nice, semua nasihat dia, aku ikut, and aku rasa semuanya ada hikmah since aku jadi stepbro.

itulah kenangan, buka puasa and sahur pada 1ramadhan bersama family dia, and the feast was so tasty and delicious. sebab aku rasa akak pun masak sekali.. haha.. soory akak, adik xfriendly macam akak. hoho, miss u akak..



Ramadhan at SAS
Aku dah biasa dah dengan suasana puasa kat sini. cuma aku malas bangun sahur and aku prefer bangun, minum water mineral n makan kurma 2 or 3 biji. aku tiap-tiap hari tidur pukul 1 pagi, how can i get up to go for sahuur at DM?? huh, totally exhausted.

Malam-malam lepas terawikh, kalau ada mood, aku pergi je DM untuk moreh, kalau malas straight for nightprep. Nightprep, totally aku malas and usually habis prep, lepak surau and straight to dorm.
Kalau sempat, share duit dgn member and bedal roti john kalau buka puasa tak cukup2, tapi tahun ni aku makan sikit, tak banyak..

For Test 2, aku sungguh main2 and tak fokus..
For Exam Trial Arab, harap lulus dengan cemerlang, Amiinnn..

Ramadhan at Sungai Besar
Sg. Besar tu rumah batchmate aku, aku overnight untuk minggu terakhir di bulan Ramdhan. dah lama kau apply nak gi situ, baru dapat last minute.; best lah, aku dgn member aku sorang lagi, meriah sikit, sambil2 tu boleh update pasal olimpik.. tapi, obviously aku tidur hardcore kat rumah.. pemalas = =''

aku tak pernah makan cucur udang yang hanya ada kat Sg. Besar.. pernah makan kat sinilah, baru jumpa and beli kat bazar situ. Petang tu boleh main bola, tapi aku penat gile -,- .


*aku yang tengah duduk,,

10 Malam terakhir
Aku tak dapat buat apa-apa sebab aku memang ,,,, tak tahu kenapa tak dapat buat yang terbaik malam 10 last ni.. Aku cuma mengharap Allah ampunkan aku je.

and for jamuan kelas kat Alamanda, so great, makan kat restoran masakan jawa..  For the first time in my life, aku makan coolblog oreo+blueberry,, sedapp :p.,haha, tengok wayang Batman and masuk gate skolah nearly 12 a.m, and aku sebagai penolong ketua kelas, kena marah sebab tak inform guru kelas. terima kasih lah member2 yang support aku T_T .



itu aku -'-


Okay, that's all, ini semua sebab alia yang mintak, so, sambil aku bosan, type jellaaa apa yang patut = =''

Adiosss, Assalamualaikum..


Saturday 30 June 2012

Aku Hanya Insan Biasa

UMAR ABDUL AZIZ TELADAN TERBAIK UNTUK PARA PEMIMPIN

Just finished reading islamic novel, UMAR ABDUL AZIZ, Bayangan Khalifah Ar-Rasyidin. Contohilah dia, jika anda mahu memegang amanah sebagai pemimpin.

Assalamualaikum w.b.t.
Heya semua, aku datang balik to place where I belong. This time, aku overnight rumah Wan, kat Villa Cyber Heights. Syukur kepada Allah S.W.T, inilah rezeki yang aku kecapi, dan segala yang berlaku ada hikmahnya. Segalaa yang berlaku adalah kemahuan-Nya. Aku hanya merancang, dia menetukan.

Sebab aku dah lama, meninggalkan tempat ini, inilah masa aku mencatat segala kenangan yang ada.
Biarpun pahit atau manis, tetap di ingatan.

49th Sports Day.
- Its all about sports and blala. Untuk Form4, aku kena juga participate dalam long distance. Aku tak mahu, tapi di paksa rela. so, kenalah training, aku paling tak suka acara trek, tapi, tahun depan aku berazam untuk pembaharuan. So, aku dapat 9th dalam acara 800m dan 6th dalam acara 1500m, pancit giler wooo.. takde rezeki kut tahun ni, takper, next year mungkin ada.

- For Form4, kitaorg cuma buat banner je. 2 banner. start buat petang sebelum hari sukan, about 3pm - 5am keesokannya. At least, aku menyumbang, tapi itulah kenangan, sambil buat banner, alunan muzik pelbagai rentak membingitkan suasana bilik bacaan blok B atas. dalam pukul 2am, aku terlelap. malam tu dapat baju rumah sukan design baru, boleh tahan.

- Esok, hari sukan, Zaaba got second for perbarisan kawad and first for hiasan khemah. 4x100m form4 pun dapat first. Sebab budak ragbi takda, untunglaa mereka pergi Iskandar 10;s kat Johor.

ZAABA STILL THE CHAMPION

FOR 4 years, since I was form 2.

Results for mid-year term.

BATCH ; 29 / 162
CLASS ; 9 . 29

itu semua rezeki daripada Allah,
solat Dhuha selalu, InsyaAllah akan beroleh kejayaan,
jaga hubungan dengan Allah S.W.T


Wednesday 6 June 2012

Go straight and don't belok-belok.

What Sorcery Is This?


Salam kepada semua, as usual, aku dengan  kawan-kawan aku akan hang out sekali setiap cuti sekolah, macam rutin setiap cuti. At least, aku stay in touch with them, coz they were only my best friends I got at here.


Mana-mana kitaorg pergi, di disitu akan ada keseronokan. Biarpun mana kitaorg pergi, disitulah ada benda best, walaupun tempat sama. Ada member baru sorg, Nazmi, sepupu Ariz. Aku, Ma'edin, Rizwan and Ariz. Bosan doe, duk rumah, walaupun homework tak siap-siap. lol ( lots of love ).


But, on that morning, i was riding my bike, until then, I saw a police car passing beside us, at that time, I was very shocked and speechless. Mercifully, I  got away, very fast till the limit. Above the speed limit. Nasib tak kantoi ==''.


Okay, here it goes, aku cuma nak beli apa yang patut, bukan yang redundant, kerana agak pokai, takda duit. So, aku nak beli apa yang patut, berbekalkan RM120. Dah cukuplah tu. Anyway, aku pergi Bank Islam, XiRi, and Kedai Buku je. Last but not least, Pasar Kedai Payang. Macam banyak pelancong datang, al-maklumlah, cuti sekolah. Kat sana rounding punyalah lama, just nak cari food court, banyak sangat barang dijual, rambang mata, tapi aku takda duit, so, what? Sweat dapatlah.. Kat sana, sempat sentap milo ais dengan roti canai kosong. Burrpp, kenyang je, walaupun aku still nak lagi. Lepas tu, on the way, terserempak dengan mat saleh, diorang tanya direction ke Secret Recipe, aku tak tau, takkan aku nak cakap ' Just Go Straight, and Don't belok-belok Until You See The Signboard written Secret Recipe '. lol ke ape.






Macam kewajipan, Mydin dan Giant Bukit Besar, patut dikunjungi. Best, karaoke, aku  masuk je, tak nyanyi, duit takdalah ==''. Not to forget, Perpustakaan Negeri, tempat paling aman dan damai. Ramai budak study, aku pergi kejap. Tapi, sejuk mata memandang budak-budak bertudung labuh, ^_^.. Lagipun, aku suka lepak situ.


Before going home, sempat sentap ais-krim kon yang murah ( yang selalu aku beli sebelum balik ). Noticin that it is going to rain, kitaorg berlindung bawah jejantas. Then, borak-borak macam orang giler, sewel, kurang siuman. Semua makcik-makcik pandang. kitaorang bajet cool tak bertempat, nanti orang cakap bajet hot. Then, home..


Lagipun, aku rasa homework aku bakal siap. come on bebeh, it is going closer enough..



Friday 1 June 2012

donno what to do






ini memang tak adil,
cukup sangat agak tak adil,

apa benda aku merepek ni =='
dah2, enough with that,
siapa yang baca confirm blank,




well, aku memang dah speechless and wordless,,



THE END

Wednesday 30 May 2012

And,,, it start over and over again...

Assalamualaikum..
As usual, when it comes to holiday, there must be homework and blablabla..
Tired of staying at school for over two months..

In retrospect, aku balik lambat, gara-gara Ekiden Run yang memang aku excited giler nak masuk, aku suka lari-lari. takpalah, just 2 days je balik lambat, macamlah aku kisah dengan cuti ni. Lagipun aku tengah bosan sekarang, membebel je kerja aku. Macam monolog je dalam blog ni, aku pun dah annoyed.

For ekiden run, team aku dapat #50 in 150 ( finishing medal ). Adalah yang spoil sikit, nak buat macam mana, ambil iktibar jelah. Disebabkan runner fourth aku ni sakit perut, so, dia pergilah tandas, tapi tak sempat nak ready, keluar-keluar tandas je aku dah sampai. Masa tu, aku kat position overall top 20 macam tulah kut, depan aku ada team solid Form3 and Form5. Aku dah happy giler time tu, tapi lepas aku passing kain tu kat Maher, aku dah tak tau dah apa yang jadi. Tau2 lepas habis dapat no #50. Okaylah tu, takdalah pancit.



The rest, aku ingat nak tengok Jomheboh ke apa ke, malas, kaki aku dah lenguh giler. Usha drifting site dah lah, tu pun dah puas. Anyway, i love drifting since i was a child, i always dreaming to have a car and drift it similar in the movie. Itu impian aku, harap-harap jadi.

Dah, tamat. Daripada aku taip kat sini, baik aku taip kat aku punya Folio Bio : Cell Division. The sooner , the better.

Assalamualaikum.....

Tuesday 29 May 2012

Home.. At Last.. uuUUuUUu

Assalamaualaikum everyone..
Dah lama tak usik blog aku ni, bersarang labah-labah bagai..
Dah 2 bulan tak balik Kuala Terengganu, i don't know what is playing in my mind on the way back to my hometown, the aroma and dew of my hometown, which i can see it everyday.

Pejam celik, dah 2 bulan aku tak balik, memang rindu giler kat terengganu, i miss my home sweet home, tapi rumah baru aku still about 85% in processing, lembap betul, haish =='..

Anyway, banyak benda aku buat kat sas, especially dengan banyak cabaran yang tak terhingga, segala emosi dan perasaan aku sukar dikawal, exam yang mengkusutkan kepala. Seringkali aku terpikir, akan segala benda yang ku lalui, aku cuba refresh apa yang aku dapat.

The Most Redundant Part..


Science Week. Memang aku pun excited dengan pegaga air, yang menjadi bahan kajian aku.Terpaksa berhempas pulas 2 3 minggu, just for this, ponteng kelas duk kat lab. Buat board lagi, penat giler. Dah lah kena makan daun pegaga air tu, at least 15 leaves per day, my life would be miserable just because of that. Pfffttt. Anyway, bila dah siap, puas giler hati aku and other members, maher, faris, iskz. Thanks lah korang, at least, we completed it on time.




HAHA, in conjunction with Science Week, aku ambil bahagian dalam Bio-Diagram as class representative, seni amat diperlukan. Aku sanggup korbankan masa dan tenaga, shockingly, kitaorang dapat 2nd, unbelievable, dahlah buruk, tapi lawa kalau lihat dari jauh..

before
after, aku~paling kanan..


.....THAT'S ALL......


Sunday 15 April 2012

Setiap pertemuan, ada perpisahan..

Assalamualaikum, selamat pagi.
Tika ku menulis catatan blog ini, kaki ku pedih tidak bersebab..

Sudah hampir seminggu aju di sini, ini yang aku harpkan selama ini, sudah menjadi kenyataan. Banyak yang aku peljari dan aku ambil sebagai pengalaman. Inilah dia ketentuan Ilahi, semua yang ada sebaik untuk hambanya, aku bersyukur kerana Allah permudahkan urusan aku. Inilah pengalaman yang tidak akan aku lupakan, kerana ia sudah tercatat di sini.


Yesterday, quite fun, but exhausted, kitaorang pergi swimming pool KRTU ( Kelab Rekreasi Tentera Udara ). Sebenarnya, nak pergi main boling, tetapi tak munasabah kalau Amir Faiz tak main sekali, masakan budak 5 tahun itu mahu mengangkat bola tu. =='. There must be a reason. Memang penat, kalau dah lama tak berenang. A'ah, before that, kitaorang pergi Pasar Tani dekat dengan Stadium Melawati, Shah Alam, beli pegaga air, untuk projek Science Fair aku. :-).



Memang segala benda ingin saja aku buat, tapi adalah hadnya. Petang semalam pergi Econsave, nak beli barang, sambil itu, pergi kedai gunting India. Perasaan berada di India itu ada, kerana, boleh jadi semua na cakap India, aku pun tak faham satu habuk apa yang mereka cakap. HaHaHa... After that, pergi cari kedai buku untuk adik achong, Athirah, alang, sambil tu, aku pun pergi beli buku jugak, bila tiada, kitaorang pergi Kompleks PKNS, jumpalah satu kedai buku ni.. On the way nak balik, barulah aku mengenali Shah Alam, ada masjid yang kubah biru dengan empat menara, dan banyak lagi.



Dan semalam, aku sempat menghabiskan masa dengan tidak menyentuh homework dengan menonton Channel MrAllTheShared kat youtube. Best!! Hari ini, hari terakhir, aku dengan achong, gerak pergi Kedutaan France, kat Jalan Ampang, KL, Nak ambil Hadiah Contest yang 4th winner.


THIS IS THE E.N.D


Insyaallah, aku akan contohi setiap apa yang baik dalam keluarga ini. Dan menjadikan nya sebagai satu cita-cita luhur di hati ku ini. Dan pastinya, ku akan merindui setiap detik dan setiap saat di sini.


Friday 13 April 2012

W.O.C holidays.

Ditulis di Rumah Ah Chong, Jalan Serawak, TUDM Subang....

Assalamualaikum to all readers..
Tonight, I'm feeling so miserable, till I even could want to sleep earlier than usual. Suddenly, my mood came and force my fingertips to keep typing what crossing in my head. just to memorize again a few memory whether colourful or wonderful.


Sebenarnya, sekolahku dapat cuti sempena Festival Wind Orchestra. Memang aku dah lama tunggu saat keemasan ni. Untunglah sekolah aku yang jadi tuan rumah tahun ni, and luckily, tak payah clear locker. Anyway, cuti ni aku balik rumah faiz a.k.a ah chong. memang dah lama aku apply nak balik rumah dia. Rumah dia dalam kuarters TUDM Subang kat Shah Alam. Memanglah sebelum ni, aku decide nak balik terengganu, tapi rezeki dah ada, bala jangan dicri, so i pick the golden chances before i's too late.

So, banyak aktiviti aku plan, hopefully menjadi, aku dah berazam nak belajar addmath dengan, ah chong. Alhamdulilah, dapat cover functions yang tak seberapa function kepada aku. Yang homework lain, aku cover bila-bila masa aku nak, as long as projek sains teori kau berhasil, Insyallah. Cuti pun 10/6 - 16/6, lama juga so, biar ada benefit.


Hari first aku sampai, dan aku ingin belajar based on the experience . Tapi, out of schedule sikit sebab ada kematian ahli saudara chong, so kitaorg malam tu, pukul 1 pagi kena pergi kedah. So, malam tu, kami travel dgn Toyota Unser ke Sungai Petani, Kedah. Aku tak tidur sampai Tanjung Malim, sebab aku tak suka tidur except terlelap. Then, kami sampai kat Taman Ria, Sg. Petani dalam pukul 6 pagi, then terus sambung solat Subuh. Lepas tu, kami buat bacaan tahlil dn Yasin kepada arwah. Al-Fatihah. Kadang-kadang kematian selalu menginsafkan aku. Agar terus berjaga-jaga akan detik kematian yang kian menghampiri. Actually, aku nak nap sekejap, terus sampai pukul sepuluh pagi, tak pasal kaki aku kena henyak dengan Amir, adik achong.

In the afternoon, family achong rancang nak pergi MRSM Kepala Bts, nak lawat angah dia. Form first batch ulul albab. Sambil tu kami lintas depan SMS Kepala Batas (SaKBA) yang baru bukak tahun lepas. Masa melawat, masa tu aku pakai baju sbp, saja nak highlight tapi, takda sorang pun kisah ==". Sempatlah aku makan Secret Recipe dengan Nasi goreng. Nak alas perut. Next destination, Pantai Remis, Perak. Memang journey panjang, sepanjang aku nak taip post nilah... Haish.

Sampai Pantai Remis, kitaorg rehat kat rumah Tok Wan and Nek Wan achong sebelum apa-apa. Aku dengan achong sempat naik motor keliling kampung. Tiba-tiba, orang cakap gempa bumi 9.8 skala richter berlaku kat Acheh. Aku dah jadi tak keruan!! siren polis kedengaran pada waktu maghrib, amaran berjaga-jaga dikeluarkan. Aku dah tak tau mana nak pergi. Di saat ni, aku memohon beribu keampunan, walaupun aku tahu pukul1 pagi, kami akan bergerak pulang. Tapi, aku terlelap sebab terlalu exhausted. Malam tu, aku bangun dan terus gerak kemas barang dan salam dengan tok wan. Sebelum pergi, aku rasa macam nak nangis, entah kenapalah.. Adalah sebabnya.. Malam tu,aku taknak tidur sebab nak usha SMS Teluk Intan (SeMeSTI), dapat tengok tapi tak sempat amati pemandangan. Jalan yang aku tak pernah lalu, memang aku akan usha sekeliling.. Especially kawasan Bagan Datoh, Sungai Besar and Sabak Bernam. Alhamdulilah, sampai pukul 5 pagi, terus tidur.


My journey did not stop here, petang tu kitaorang jogging keliling TUDM Subang, saja nak usha, mana mungkin aku boleh masuk area TUDM Subang, tanpa permission. Malam tu, aku burst main ping-pong dengan achong sampai pukul 12 tengah malam. Aku jadi makin gempak. Dan banyak lagi akan ku lakukan, memang aku merancang, Allah menentukan.


Even though, I was not in this family,  and I should not be in this picture, the memory will remain silently in this picture full of feeling and sadness lies in it.
Me wearing white Liverpool jersey.
Looks quite sleepy.
Ah Chong ; wears orange T90 jersey.

*memang aku tengah masa tu, rambut pun serabai..
Assalamualaikum, selamat malam dunia.

Wednesday 11 April 2012

Ujian 1.

Assalamualaikum.
And this is the beginning of what i have been waiting for. Obviously, I expect my results are better but, this is far good enough to me because, I was not fully prepared for this ujian 1. this is what i got, and i should be more grateful.



This is all what i want. I Accept this...


*kadang-kadang aku pun sakit hati tengok markah sendiri. Lagi-lagi BM dapat B. Hampeh...


*click pada gambar untuk tumbesaran.

Ini lagi lah ridiculous , markah berterabur. No. 73 dlam batch. Aku takkan percaya yang ini, sandiwara semata-mata. K. bye.

Saturday 17 March 2012

Berjalan - jalan..

Good afternoon..
May Allah bless you all..


Untunglah, aku terserempak dgn Ustaz Azhar Idrus kat Giant KT masa hangout hari tuu.. Banyaklah aku nak pergi hang out dengan kawan aku. Ingat nak settle semua hal. Rupanya, kerja member-member aku ni nak berdating. Nak karaoke tu dah biasa. Tapi nak dating tu, aku janggal sikit. Masing-masing nak jumpa buah hati sendiri..

Aku nak packing barang dan naik bas malam ni. Homework, pandai-pandailah aku hidup.

k, Bye.

Saturday 10 March 2012

Freshies..

Selamat pagi dunia..
Syukur pabila ku masih dapat menatap sang matahari di ufuk timur..
Namun begitu, awan hitam membawa hujan melapisi pemandangan..

Bila aku balik cuti ni, aku baru tahu dua orang member aku yang sekolah lama dapat masuk SBP.
Welcome freshies, enjoylah hidup SBP ni..

Yang aku paling tak expect langsung,
Aza, kenapa ko pilih KISAS ( Kolej Islam Sultan Alam Shah ), alasan, semata-mata nak tengok pencapaian dia ( selayak mana dia nak dapat tawaran SBP ). Dia dapat 9A dalam PMR, mestilah kisas nak. Sayang beb, kalau lepas camtu je. Ko memang ada tanya pendapat aku, and aku bagi yang the best untuk menyakinkan kau.
Moga ko happy kat sana. Kisas pun gempak SPM gak.



Yang paling aku expect langsung,
Azera, aku expect ko apply tkc ke stf ke ssp ke sesma.
Ko cakap ko apply sesma, tapi ko dapat SESTER ( SMS Kuala Terengganu ). Nama pun macam gangster, however sek ni pun gempak jugak. Top 10 SPM all the year. And aku tau ko mesti pelajar cemerlang yang dipilih. Kat SMK Belara ko paling gempak, dari sek rendah lagi. Anyway, harap ko juga enjoy sampai SPM kelak.




Kesimpulan..
Semua sekolah gempak especially yang upper form sahaja. Aku tetap sayang SAS walaupun aku pernah terfikir nak pergi ASiS and SESTER. Tapi inilah yang Allah beri, Dia tahu apa yang the best untuk aku. The most important thing yang aku kena selesaikan ialah mendapat 1st dalam SPM, demi SAS yang aku cintai, dan juga menebus kesilapan ketika PMR. Mungkin inilah jalan yang betul bagi batch aku.

Gah di mata dunia..

I'm coming home!!

Assalamualaikum,,,

Kali ini, jari-jemari ligat ini, sudah cukup lama ingin menaip new post.
Banyak yang aku dah buat kat sekolah. Banyak yang aku dah luangkan masa sepanjang aku berada di sekolah..
Aku rindu home sweet home aku..........
Aku rindukan family aku, especially yang ini..

my youngest brother, AQLIF..
My two youngest sister, IZZATI and IRSALINA.

First time gambar mereka masuk blog aku, well, blog aku ni memang banyak menyimpan banyak memoir indah2 belaka. Yang aku takkan lupa, lagipun blog, ko dah backup semua gambar yang hilang all of sudden macam tu je ==', Tau2 balik, semua dah hilang sebab lappy rosak..

Aku nak memorise balik semua kejayaan aku setakat ni, setakat ni, Alhamdulilah aku berjaya mendapat naib johan cross country inter-form. Syukur pada Allah, rumah zaaba conquer banyak and dapat Overall Champ..
Results:

  1. Rifdi Syimir ( Champion )
  2. Me ( Second runner-up )
  3. Syazwan a.k.a Cawan ( Third )
  4. ....................
  5. Syafiq a.k.a Capeq ( Fifth )
  6. ....................
  7. Maher a.k.a Do ( My Rival )
Tu jelah kut, and satu lagi, rezeki aku. Dapat Third Botanical Discovery Program..
Pancit, duk lari, perah otak dengan soalan cam tuuuttt jeee. Annoying gila, pape pun, dapat third.



Hiraukan saja, yang penting aku dah banyak miss event.
Sepanjang aku duk kat SAS, semua benda mesti berubah kalau aku balik kampung.. =='

Depan rumah aku, trek Le Tour de Langkawi, korang ado?
In construction ~
Depan rumah aku, LTDL ada lalu, on the way ke Kijal via K. Trg.
Bilalah rumah baru aku nak siap??

Itu jelah, aku malas nak review aku punya result Ujian 1, ada teruk ada OK. aku tak perfect sangat.

Assalamualaikum...

Monday 6 February 2012

Kenyataan sadis T_T

Assalamualaikum..

the sun is rising and shining today.

Inilah penyataan sadis yang aku tak dapat elak. Aku memang nak nagis bila cerita pasal ini, dah memang darah daging aku yang tak dapat aku tangani sendiri. HOMEWORK ---> common word for a student, especially SBP students like me. Pathetic moment comes when your homework did not complete though you had enough time. Memang sadis... kui kui kui,nak nagis gak ah setiap kali homework smpai deadline,siap pulak, struggle macam nak mati O.o..

Homework, homework, kenapa tak schoolwork.

Anyway, semalam aku tonton Syahadat Cinta, best jugak, sesuai untuk kawan aku yang sorang ni ---> Mondz a.k.a Nazmi. Ada apa dengan IM sampai dia nak sangat, sangat sampai menyangap. Adakah fikiran dan akal dikuasai nafsu? Memang tak masuk akal. As an ordinary student, we should think about studies first. Aku pun dah fikir masak-masak, sampai dah boleh makan dah benda yang aku masak tuu. Takper, si dia menuggu aku, aku je yang tak pergi, cikuuuttt.

Hari ini, dah balik sekolah. DAMN! kenapa damn? Entah..
Assalamualaikum...

p/s : semalam aku mimpi lagi, memang kalau tidur atas sofa merah, mimpi acap kali menjelma. Heee, banyak kali dia menjelma macam pancaran LCD dalam mimpi aku...

Sunday 5 February 2012

Ini, agak awesome!!

Assalamualaikum. Hari ini birthday nabi Muhammad S.A.W.
Hello everybody.
ini dikira post kedua, untuk hari ini, plus yang semalam.

I want to catch the dream, if i could.

An exhausting day today at Suria KLCC, sightseeing, talking, making jokes and giggling together just to let off some pressure. Quite tired, huhh, =='.
With Adil and Wan, totally awesome. Okay, aku malas nak speak in English. Never mind.

In the morning, i woke up late and missed my dhuha prayer today, but what can I say here, thanks Wan and Adil, i got new experience today, I got my first ride in Express Rail Link (ERL) and Putra-LRT during journey. I was too young to know all these things, kinda beginner for me. I live in Trengganu, no wonder i have never been in those trains. I felt dizzy in the train especially in Putra-LRT train, i was new to adapt the condition, thankfully we got there safely.

This is me and Adil
We did a lot of things. And those things I will remember till the end. We went to KLCC mosque, As-Shakirin to perform tahiyatulmasjid prayer and view the surrounding areas. The mosque has air-cond, giving us a comfortable condition to pray, plus with the fluffy carpet. I thought for a while, if I was not in SAS, of course i will not be here. Thanks to Allah,for giving me the best that i could have. After that, we went to Kinokuya, a big and amazing bookstore I ever went. I went there to find a science practical book in order to replace the essay book, but, I cannot find it, I found ledger, cash and cheque books, which means that those book also required in accounting lesson. I hate to walk in a building full of unneeded books. Especially when finding the things I wanted, but I cannot find it in a such big bookstore like that.

Aku memang kecik, :-(
Ahh, left those redundant thing aside, now i want to tell about the thing that I hate the most ---> waiting for someone, if the person was too special, never mind but this time  Adil, haha. And we met him at the entrance,nearly 2p.m. He wore three-quarter jeans and white tee. He brought along his mother handphone to take some picture. Then we, walk, and walk, and walk endlessly. Senang citer, aku nak citer dalam Bahasa Melayu pulak, aku dah malas nak speaking ni, dah pukul satu, *aku nak tidur* (semalam aku mimpi jumpa dia) *untunglah*. Bersambung pada cerita, kitaorg jalan cam orang tak tentu arah, masuk kedai-kedai gadjet, pergi Apple Store, Sony dan banyak lagi, lagipun aku tau aku orang jakun, haha, tak pernah main MacBook.
Sampai 2 jam jalan-jalan, *bila nak makan? perut ku dah bergendang macam app music dalam iPad.

Ini Adil punya, aku punya half daripada yang itu.
So, kitaorang decide nak makan kat food court,tanpa disangka pergi Subway, aku tak pernah pergi lagi, tak pernah makan pun, aku pun nak cuba, tengok Adil makan roti two-foot-long, kenyang bhaiii, sekali dengan Wan, nak juga aku sentap sekali, so, aku beli yang 6-inch saja, besar kaki, kenyanglah tu. Sekali dengan minuman isotinik penambah tenaga. RM10.60 berbaloi, i loikee so much. Lepas tu, solat and jumpa family Adil jap, family dia peramah dan baik, ayah dia caring, akak dia agak cantik and same goes to his mom. Lepas tu balik naik RapidKL, first time gak. Kena berhimpit dengan bangla entah mana entah. Aku tau aku kecik, kan Alia Suraya? Ni nak tunjuk expenses hari ni.

  • ERL - RM 9.50 per trip
  • Putra-LRT - RM 1.20 per trip
  • Subway - RM 10.60
K, bye, Assalamualaikum, aku nak tidur, come on mimpi, datanglah padaku. macam semalam ku nyenyak melayari mimpi anugerah Ilahi, mainan tidur tak terbatas.

Bila aku ready, dah matured habis, baru boleh ;-).


p/s ; homework,aku kerjakan ko esok, HAHA!!

Saturday 4 February 2012

Overnight #1

Gheee, it has been a long time for me to update this blog.
Assalamualaikum to you all, watlekwatcoolwatpeace, hahah.

Sorry BLOG, aku dah lama tak lawat ko, sayangg kau!!

So, kali ini, aku overnight kat rumah mak saudara Wan Amirul Asyraf bin Wan Shamsir Nizam. Yeah, baru sekarang aku baru dapat nak pegang laptop dia smallcuteilappy*. Tapi, speaker rosak, never mind, aku ada earphone. Di sini, aku ingin berbicara, membuka minda untuk pemikiran yang luas.

It all started when...
Aku dan kawan baik aku dunia dan akhirat, Maher, ajak aku pergi overnight rumah Amar Maarof, ingin sekali aku nak pergi sebab, dekat dengan *dia. cukup dekat, berbanding Presint1, kat SAS, sudah cukup ku tatap horizon timur . Tapi, sebab masalah sikit, kitaorang kena split, however rumah ni best, kat cyberjaya, ada astro and unifi, entah kenapa aura nak buat homework aku membuak-buak, haha , homework banyak T_T.

Anyway, aku suka jugak duk sini, sebab ada unifi, aku lebih selesa, tapi aku tak ambil advantage buat perkara tak senonoh *akubaiklagi. Sini ada Astro, aku suka tengik channel science, History, Discovery Channel, NatGeo and Discovery Science. Aku macam dah ter'addicted' dengan tu, sampai ModMath aku sentuh sikit je. Sikit pun jadilah. I get to know how Cyberjaya was, at a glance, it looks like a city full of metal building. lagipun, ini Villa, depan SSP lagi. Petang tadi makan Domino's Pizza, thanks Wan. Tapi, aku asyik mengantukje, non-stop. Serius, aku kepenatan sepanjang minggu ni. *being a form 4 sudent is not really easy, not honeymoon like what people always said, i assume that this year will be the toughest year. Betul juga kata dia, homework memanjang non-stop.

MMF - Abandoned

Aku balik ni, nak rehat, nak beribadat pada Allah, like my Ummi always says, kita beribadat non-stop kepada Allah, jangan hangat-hangat taik itik, kui kui kui. haha. Hari ini, maybe pergi KLCC, hang out spam dengan AdilElli. Kalau apa-apa aku roger je. Cuma sekarang, aku nak buang pemikiran buruk yang meleset tu, tuih.

i do need inspiration for my project, btw, does my project make any sense.
who want to be the my specimen for my watch.

K, Bye, 
Assalamualaikum, salam maulidur rasul.
Happy birthday Rasullulah S.A.W.

*Ditulis di villa di Cyberjaya. Pada pukul 3a.m bertemankan Astro.

p/s : aku benci tandas duduk.




Friday 27 January 2012

K, Ni Style..

OK, ni pun dah cukup style.
Assalamualaikum dunia!! aku di sini!!

Yeah, semalam aku pergi hang out, shopping, bayar bill and so on.
Best jugak, takleh diungkapkan melalui kata-kata di bibir.
Banyak juga yang habis macam tenaga, wang dan masa. The most important part is, we enjoyed as much as we could. Walaupun dah banyak kali, orang sama je, tapi kali ni lagi best :-) . Loikee so much!!
Cuma, kali ini, bajet tak cukup :-(, tak apa, lain kali ada kan, Hariz n Rizwan. Kita pergi lagi eh.
So, this is my wishlist, no one can ever stop me from doing this, but the two of them keep making fun of me, but, i ignored them as i usually do.
Banyak aku beli, memang nafsu yang bermaharajalela tidak boleh dibendung melainkan benteng iman yang utuh mampu menahan nafsu aku yg membuak-buak ni... =="

So, kindly please view the list as shown below
  • PUMA Shoes Bag = RM30
  • Stationary and books = RM 58
  • Sony Earphone = RM 30
  • Mini Al-Quran = RM36
  • Tracksuit and others = RM50 ( approximately )
  • Food and expenses = RM20

Aku bukan boros, tapi inilah keperluan, bukan kemahuan mahupun keinginan. Inilah hidup, duit boleh dicari,asalkan ia, tidak terlalu merepek.meraban dan apa-apa yang lain ( unacceptable )..

Perkara wajib, karaoke dulu, inilah yang membuat hatiku kadang-kadang tenang, tak tenang. At least satu lagu, boleh kami lepak lama2 dalam tu. Baru nyanyi, nanananananana, na na na na..
Dah habis semua, terserempaklah kami dengan jejaka tampan, Amsyar dan Ariff. diorang macam tak perasan akan kehadiran aku. Tapi, mereka perasan gak, aku lambai sikit and blahh main jauh-jauh.

Bila balik, kaki lenguh, macam ****, a'ah, macam tulah. Aku rehat sampai malam. Mujurlah Rizwan nak overnight rumah aku, tapi satu habuk kerja tak jadi :-(


Kaki ku lenguh, tak tertahan, tapi masih ku mampu daki si Gunung Tahan.
Cehh, kemain berbahasa..

K, bye, Assalamualaikum

Monday 23 January 2012

Dreamzzz #1

Yeah, aku menulis blog di waktu tengah malam..
Tepat pukul 12, pungguk masih berjaga rindukan bulan.
Aku pun mula bermimpi di tengah malam *bukan di siang hari macam Mat Jenin.
Ini hanyalah angan-angan yang diadaptasi dari khayalan aku..

*cuba usha dengan minda dan hati terbuka.
aku pernah tengok, cuma nak revise sikit memory aku.


Aku tahu, video ni memang sweet. Tapi aku tak kemain lah nak beli DLSR besar gedabak tu. Aku ada plan aku sendiri, still planning sampai bila entah, bila-bila pun bola. Lagu dia sedap kut, favorite aku, banyak makna di sebalik lagu dan gambar. Yang tersirat dan tersurat. Cuma perlu dirungkaikan.

Inilah mimpi, impian dan harapan aku. Memilki apa yang orang tidak terdaya miliki, dan aku juga ingin memiliki apa yang orang sudah miliki. Cuma video ni, menggambarkan aku bahawa, aku ingin miliki benda yang orang takkan miliki selain aku. Dengan cara tersendiri.

K, sekian mimpi aku yang memang, InsyaAllah tercapai dengan usaha dan doa.
Assalamualaikum~

Sunday 22 January 2012

Penakut

Selamat tengah hari, jam menunjukkan pukul 12 tengahari.
Aku nak breakfast, tapi dah jadi lunch.
Cuti Chinese New Year, aku tak pergi mana2 kut..


Nothing to say, particular word that keeps playing in my mind.
Aku tiada idea, mungkin semalam, banyak sangat.
Asal penakut, entah.. Itu kan lagu Yuna, sedap untuk didengar.
Aku pun suka.
Even, i hate acoustic, tapi adalah part2 best, sekejap pun jadilah.
Ini biasa2 je. Aku pun nak lagu2 tenang2 gak cuti2.







Apa makna di sebalik lagu ni, aku pun tak tau.
K, bye..

Meet Her -----> Alia Suraya..

YEAH!!!
It has been a long time.. since last year..
For this year, i wrote this post..
Assalamualaikum..


Inilah dikatakan hidup, kejap ada, kejap tak ada, macam biskut, kejap aku intai dalam tupperware, tak ada pulak. Time aku kenyang dia ada. Ni dah start merepek, sorry to anyone who reads this annoying post, especially to Alia Suraya, Oh by the way (one way street), i want to introduce her, name given Alia Suraya. Lives in Padang Besar, Perlis.. Very far away, but, i have been there once after PMR for a camping. At least, i knew how Padang Besar was. She studied at KuPSiS ( SMS Kubang Pasu ).. One of the newest SBP.. I had read the school magazine, and the school magazine seems too gloomy to be read.





Okay, cukuplah dengan rentetan bebelan yang tak terhenti ni. Berbalik kepada cerita asal, aku terjumpa, bukan terjumpa tapi aku yang tertegur dia dalam group 0913 tu. And then, sampai sekarang dia masih kawan dengan aku. First impression, she is kind, friendly ( eco-friendly ), caring and anything else, i cannot describe her more bcoz i only be familiar with her for 1 week. But, this short introduction really gives me a great experience.

Thanks to her, she accompanied me in the bus all the way long, messaging can reduce boredom. Proven to be effective, i only slept for a few hours. But, my credits keep reducing till the last RM2. But, we can find money again, unless we are too lazy to find it. One thing that is very interesting about her, she can withstand my nag. Yes, for those who recognized me well, they will know how bored they are when i start to nag around, with some stupid jokes..



All these i can say for this night..
I wrote this for her as a symbolic for our friendship.. 


Assalamualaikum...'
Selamat Malam~